ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, February 22, 2011

Pengumuman Keputusan STPM 2010

Seperti yang diketahui umum, pada 21hb Febuari 2011 keputusan STPM akan diumumkan.Pada pukul 10.00 pagi,tuan pengetua tiba di SMK Paya Besar dengan membawa keputusan peperiksaan tersebut.
Guru-guru prauniversiti sibuk dengan kerja menganalisis keputusan tersebut di bilik gerakan.



Beberapa orang pengawas pelajar prauniversiti ditugaskan menyambut kedatangan bekas pelajar-pelajar STPM SMK Paya Besar di dataran perhimpunan.

Pada pukul 12.00 tengah hari , calon-calon STPM prauniversiti 2010 tiba untuk mengambil keputusan STPM masing-masing.Pelajar-pelajar diminta berkumpul di dewan kuliah untuk pengumuman keputusan STPM.



Tidak beberapa lama,Guru Penolong Kanan Prauniversiti,Puan Roslina Shahri tiba dengan membawa keputusan yang telah siap dianalisis.



Keputusan diumumkan oleh Puan Roslina dan diperhatikan oleh Tuan Pengetua Encik Nandakumaran dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran,Encik Hasbullah bin Abdul Latif.


Senarai Nama Pelajar Cemerlang STPM 2010


  • Nadhirah bt Abdul Khalid - 4P , 3.25
  • Siti Nurasyikin bt Kefli - 4P , 3.25
  • Nor Hidayah bt Ramli - 4P , 3.17
  • Nurul Asnida bt Rosli - 4P , 3.08
  • Nur Azyan Izzuwa bt Arazami - 4P , 3.00
  • Nur Munirah bt Abdul Rahman - 4P , 2.92
  • Sulieha bt Salahuddin - 4P , 2.75




 Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang !


Wajah-wajah gembira pelajar cemerlang STPM 2010.


Analisis Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 ;

Peratus Lulus : 91.89%
PNGK : 1.95 
Kedudukan dalam daerah Kuantan ; Tempat Ke-9

Bilangan Prinsipal ;

4P - 11 orang pelajar
3P - 11 orang pelajar
2P - 7 orang pelajar
1P - 5 orang pelajar
0P - 3 orang pelajar

Semoga tahun 2011 mencatat keputusan yang membanggakan SMK Paya Besar selaras dengan visi prauniversiti SMK Paya Besar iaitu menjadikan prauniversiti SMK Paya Besar antara tiga buah sekolah terbaik di daerah Kuantan,InsyaAllah.

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP THREE !


Saturday, February 19, 2011

Kelas Tambahan Bersama Puan Kan Tieng Tieng ♥

Hari : Sabtu 
Tarikh : 19/ 02 / 2011
Jam : 9.00 pagi Hingga 11.00 pagi 

Selama 2 jam , kami pelajar tingkatan 6 Atas 1 dan Tingkatan 6 Atas 2 bergabung untuk mengikuti kelas tambahan MUET bersama Puan Kan Tieng Tieng di Bilik Syarahan .

Alhamdulilah , semuanya berjalan dengan lancar .
 Kami pelajar Prauniversiti dapat menambahkan pemahaman kami terhadap MUET ..
Mudah mudahan segala yang kami perolehi harini , mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t ..
Amin .. terima kaseh Teacher ! :)
























Sunday, February 13, 2011

BENGKEL PENYELIDIKAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR 


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASTANA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG LUMPUR


PEYAMBUT TETAMU :
* AJK MPP TERTINGGI
* PENGAWAS TINGKATAN 6 



PENCERAMAH  PERTAMA :

EN. SURIYA KUMAR


PENCERAMAH KEDUA :

DR. MOHD GHANI BIN AWANG












Tuesday, February 8, 2011

PEMILIHAN UNTUK KARNIVAL KOKO PRAUNIVERSITI ( FUTSAL LELAKI )

PEMILIHAN UNTUK KARNIVAL KOKO PRA-U ( FUTSAL LELAKI )

TARIKH : 08/02/2011 ( SELASA)

MASA : 04.00 PETANG HINGGA 06.00 PETANG

TEMPAT : PADANG SMK PAYA BESAR



PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH
 PELAJAR 6 ATAS 1 DAN JUGA 6 ATAS 2 ,
BERSAMA DENGAN GURU MPP ,
IAITU CIKGU WAN SAYUTI 


INSYAALLAH ..
PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR JOHAN UNTUK TAHUN NI !