ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

FRASER HILL'S TRIP - story 3


 Hari kedua sesi bersama En Roslan bin Mansor,
Pegawai di JPNP yang juga merupakan
Timbalan PIBG SMK Paya Besar.
Beliau turut berkongsi pengalaman 
memberi motivasi dan kata-kata semangat
kepada peserta Program BUKA.
 Yang ni pula.... SURAT UNTUK BONDA....
Apa yang ditulis tu...?
Yang mula pasti berakhir....
Majlis penutup berjalan lancar.
Banyak dapat hadiah nampaknya....
Semua berakhir dengan baik....
Dalam berseronok jangan lupa yang 
tersurat dan tersirat....
Menjadi harapan selepas melalui Program BUKA
semua pelajar menyedari betapa penting
untuk cemerlang samada akademik atau sahsiah diri.
Moga semua lebih tertingkat untuk 
bersungguh-sungguh mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam Peperiksaan
PMR, SPM & STPM 2011.
"SAYA INSAN CEMERLANG"
"SMK PAYA BESAT TOP 5"

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!!

FRASER HILL'S TRIP - story 2


 Pagi-pagi sudah berkumpul ramai-ramai...
Huhu... nak pergi mana tu...?
 Oh... pergi jungle treking....
Tengok... macam-macam aktiviti yang dibuat
semasa jungle treking.  
Mendekatkan diri dengan alam ciptaan Allah.... 
Moga kita lebih mensyukuri nikmat yang diberikanNya....
 Petang pulak ada sesi Personaliti Diri bersama
Pn Sakinah Guru Kaunselor Cemerlang SMK Paya Besar.
Masing-masing sudah kenal diri tu...
maka langkah perlu diambil untuk jadi 
insan yang punyai peribadi yang terbaik dan cemerlang.
Dan yang terpenting akhlak yang terpuji....
Amboi tak penat lagi tu....
Malam-malam buat apa lagi...
Apa-apa pun semoga yang dilalui pengalaman
yang dapat membentuk anda semua
menjadi "SAYA INSAN CEMRLANG..."
& "SMK PAYA BESAR TOP 5...."

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!

FRASER HILS TRIP - story 1


 Kongsi-kongsi lah cerita apa berlaku kat Fraser Hill tu...
Alhamdulillah... dah sampai pun setelah 
menaiki perjalanan bas yang agak panjang.
Dengar kata bas rosak tengah jalan.
Cubaaaan....
 Sesi taklimat oleh Pn Sakinah dan En Mohd Nadzri
guru kaunselor SMK Paya Besar 
yang bertungkus lumus agar
Program BUKA berjaya dilaksanakan.
Ini pula sesi ice breaking,macam-macam aktiviti...
 
Malam ini tentu tidur dengan lena sebab
perjalanan yang jauh tadi....
Hari esok ada aktiviti apa pulak ye...?
Tunggu dan lihat....

FRASER HILL'S TRIP - first day


 Jam 12.30 tengahari bas pun sampai...
Dan perjalanan pun bermula...

23 SEPTEMBER 2011 - PROGRAM BIMBINGAN UNTUK KECEMERLANGAN AKADEMIK ( BUKA )


 Sebagai motivasi terakhir sebelum menduduki
peperiksaan PMR, SPM dan STPM,
40 pelajar cemerlang telah dipilih untuk
mengikuti Program Bimbingan Untuk 
Kecemerlangan Akademik (BUKA) bermula
23 - 25 September 2011 di Resort Perbadanan
Kemajuan Bukit Fraser.
 
 Program perasmian telah diadakan di Dewan Multaqa'
oleh YB Dato' Shafik Fauzan Hj Shariff, DIMP., SMP.
Majlis telah dipengerusikan oleh
Pn Sakinah Abd Latif, Kaunselor Cemerlang.
Upacara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
 Ucapan oleh En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Penyertaan dari ibu bapa pelajar amat mengalakkan.
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Shafik Fauzan.
Selepas majlis YB Dato' turut memberi kata-kata
semangat & motivasi kepada pelajar.
Pihak sekolah juga mengucapkan 
jutaan penghargaan kepada YB Dato'
kerana menaja sepenuhnya Program BUKA.

30 SEPTEMBER 2011 - BADAN PENGAWAS SEKOLAH


 Barisan Kepimpinan Pengawas Sesi 2011/2012
yang diketuai oleh Muhammad Najiy Ab Hamid.
Tahniah semoga dapat menjalankan
tugas dengan baik.
Anda bakal pemimpin masa depan.

Alhamdulilah tahun ni mendapat sambutan yang menggalakkan , pelajar Lower six ramai yang menjadi pengawas pada tahun 2011/ 2012 :)
semoga anda menjadi pemimpin yang berkaliber dan akan menjadi lebih bertanggungjawab .
AMIN . INSYAALLAH :)

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!

23 SEPTEMBER 2011 - MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN SOLAT HAJAT PMR, SPM & STPM


 Di pagi jumaat yang penuh berkat,
kami berkumpul ya Allah
memohon kerahmatanMu...
Lembutkan bibirkan 
dengan berzikir kepada Mu.
Hiasi hati kami 
dalam beriman kepada Mu.
Peliharalah akhlak kami 
dengan akhlak yang mulia...
Dan... berkati ilmu yang kami pelajari...
Jadikan ia kejayaan dan panduan
dalam kami menjalani hidup ini 
dunia dan akhirat....

8 SEPTEMBER 2011 - TAKLIMAT PELAJAR PRAUNIVERSITI


 Pertemuan antara pelajar-pelajar prauniversiti 
yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2011
bersama En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar, 
Guru Kaunselor dan Penyelaras Prauniversiti.

Kata-kata azimat dan nasihat dilontarkan
buat pembakar semangat bagi persediaan terakhir
sebelum Peperiksaan Percubaan STPM
yang akan bermula minggu depan.
Semoga semua dapat melakukan yang terbaik...

PRAUNIVERSITI TOP 3!!!!
SMK PAYA BESAR TOP 5!!!

30 OKTOBER - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Salam Aidil Fitri untuk semua warga SMK Paya Besar.
Semoga Allah menerima amal kita semua.

IKHLAS KAMI DARI WARGA 
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SMK PAYA BESAR
2011/2012  :)

25 Ogos 2011 - PROGRAM SEMI FORUM PRAUNIVERSITI


 Telah berlangsung Program Semi Forum Prauniversiti
yang akan menghadapai Peperiksaan STPM 2011.
 Forum dipengerusikan oleh En Roslan Mansor,
Penolong Pengarah Penguatkuasaan
Unit Pendidikan Swasta di Jabatan Pelajaran Pahang.
Ahli panel terdiri dari En Jamal Musa, 
Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling
dan En Yusuf b Kasim
Penolong Pengarah Tatatertib.
Adalah diharapkan selesai berforum
pelajar prauniversiti mempunyai motivasi yang tinggi
untuk melakukan yang terbaik untuk STPM 2011 nanti.

AKTIVITI SEMPENA BULA KEMERDEKAAN


 Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena
Sambutan Bulan Kemerdekaan 
peringkat Sekolah 2011 ialah

KELAS PATRIOTIK
16 Ogos - 12 September 2011
Guru : Pn Mastura Mohamed
En Mohd Fadzil Muhammad

PERTANDINGAN KUIZ
5 - 12 September 2011
Guru : En Daeme Abu Bakar

DEKLAMASI SAJAK
5 - 12 September 2011
Guru : Pn Roa'ani Mohamed
En Hazim Md Din

NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
5 - 12 September 2011
Guru : Pn Norlela Ismail
Pn Jalilah Karim

KUIZ SPONTAN
15 Ogos - 16 September 2011
Guru : Pn Salamiah Bani Hashim

JALUR GEMILANG
15 Ogos - 16 September 2011
Guru : En Adnan Mamat

REKACIPTA
16 Ogos - 12 September 2011
Guru : En Muhammad Sabri Salim

TEKA SILANG KATA
5 - 12 September 2011
Guru : Pn Norizah Amzah

Semua pelajar amat dialu-alukan
untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang.

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN KEMERDEKAAN 2011!!!

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


 Bertempat di Dewan Terbuka telah berlangsung
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah 2011.
Walaupun ringkas tapi meriah kerana
pelajar akan menghadapi ujian selepas ini.
 Guru terpaksa berkumpul di Dataran Matematik
kerana keadaan Dewan Terbuka yang padat
dengan pelajar.....
Wah... masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang...
 Pelajar juga turut mengibar Jalur Gemilang....
 Majlis dipengerusikan oleh En Daeme Abu Bakar.
Diikuti dengan Ucapan Pn Hj Normah Omar
Ketua Bidang Kemanusiaan.
Dalam ucapannya beliau menyarankan pelajar
agar mengambil kesempatan bulan Ramadhan
agar memerdekakan diri dari sifat-sifat buruk
kepada akhlak Islam yang terpuji.
Beliau juga mengumumkan beberapa aktiviti
yang akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.
Kemudian Ucapan Perasmian oleh
Yg Berbahgia Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP.,
Pengetua SMK Paya Besar. 
Yg Berbahagia Datin menyarankan agar
pelajar melakukan transformasi agar menjadi
pelajar yang rajin dan berlumba-lumba menuntut ilmu.
 Upacara Kibar Bendera sempena 
gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan 
Peringkat Sekolah 2011.
 Laungan "MERDEKA!!!" memecah kesunyian pagi
di Dewan Terbuka....
 Diikuti dengan nyanyian lagu patriotik
Negaraku, Jalur Gemilang, Keranamu
dan 31 Ogos.
 Adalah diharapkan dengan sambutan Bulan Kemerdekaan
di peringkat sekolah ini dapat membantu
memupuk semangat cinta akan negara 
dalam kalangan warga SMK Paya Besar.
Disamping itu menyemai nilai menghargai
pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dalam 
membela nasib nusa dan bangsa.
Sebelum majlis berakhir Kuiz Spontan
telah diadakan.  Tahniah kepada
Kushaimi dari kelas 4MPV kerana telah
berjaya menjawab dengan betul.