ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, January 31, 2011

Hari Pentauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti 2010/11

Pada pagi ini berlangsungnya satu majlis yang dinanti-nantikan oleh warga prauniversiti iaitu Majlis Pentauliahan Exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti sesi 2010/11.Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua telah berjalan lancar pada pagi itu walaupun terdapat masalah teknikal pada mulanya.


Majlis dimulai dengan persembahan nyanyian oleh 21 orang pelajar prauniversiti.Walaupun terdapat masalah teknikal ketika persembahan bermula,namun persembahan tetap diteruskan.Pelajar-pelajar bersemangat mempersembahkan lagu yang bertajuk 'Bila Diri Disayangi'. 

Foto 1 : Sebahagian pelajar SMK Paya Besar terpegun melihat persembahan pelajar-pelajar prauniversiti.
Foto 2 : Kemudian,majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh biro multimedia MPP SMK Paya Besar.


 
Gelagat barisan exco biro-biro ketika tayangan multimedia dipancarkan di dalam dewan.

Penyampaian watikah pelantikan kepada 14  exco tertinggi disempurnakan oleh Tuan Pengetua sendiri kepada exco-exco yang berjaya berdasarkan undian pada akhir tahun 2010.


Majlis dirasmikan oleh Encik Nandakumaran dan barisan exco diberikan kata-kata semnangat oleh Tuan Pengetua.Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar diberi peluang untuk menyampaikan ucapan seterusnya mengetuai bacaan ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar pada hari itu.
 
 Barisan Exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar sedang membaca ikrar yang diketuai oleh Ahmad Syahir bin Omar selaku Yang di-Pertua MPP Prauniversiti SMK Paya Besar sesi 2010/11.

 


Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar SMK Paya Besar bergambar bersama Tuan Pengetua,Encik Nandakumaran dan Guru Penolong Kanan Prauniversiti,Puan Roslina bt Shahri.
Semoga dengan pentauliahan ini,barisan exco MPP Prauniversiti SMK Paya Besar  akan memikul amanah terutama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
" Segala ilmu dan pengalaman bermakna yang akan diperoleh semasa menjadi pemimpin di peringkat  Prauniversiti SMK Paya Besar digunakan sebaik-baiknya dalam memacu kemajuan agama, bangsa dan negara. Teruskan tekad dan berusahalah untuk memajukan diri anda dan masyarakat. Sesungguhnya, negara Malaysia amat memerlukan perhatian anda sebagai bakal  siswazah yang tergolong dalam kalangan intelektual."

Thursday, January 27, 2011

Taklimat KOLOKIUM prauniversiti bersama Tuan pengetua ♥


Jam : 1.20 petang
Tempat : Bilik Syarahan SMK Paya besar
Tindakan : Semua pelajar Prauniversiti dan Guru-Guru Prauniversiti 


~pengetua memberi ulasan tentang kolokium 
kepada guru2 & para pelajar prauniversiti ~

Tuesday, January 25, 2011

Raptai Majlis Pertauliahan MPP Prauniversiti 2011

Jam 10.40 pagi bermula raptai bagi majlis yang dinanti-nantikan oleh warga prauniversiti di dewan.Beberapa orang guru prauniversiti turun ke dewan untuk memantau pergerakan raptai yang sedang dijalankan.Raptai dimulakan dengan latihan persembahan yang akan dipersembahkan oleh 21 orang pelajar prauniversiti.
 



Raptai pada hari ini juga diteruskan dengan raptai pertauliahan 14 jawatan tertinggi exco-exco MPP prauniversiti SMK Paya Besar.Ikrar juga dibaca oleh YDP MPP.



Exco-exco MPP berlatih bagi bacaan ikrar.

Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sedang tekun berbincang bersama guru-guru prauniversiti.

Kami berharap majlis pertauliahan yang akan diadakan pada 26hb Januari ini akan berlangsung dengan jayanya dengan berlangsungnya raptai dan persediaan untuk majlis tersebut,insyaAllah.

Monday, January 24, 2011

Majlis Pelancaran Kempen Antiponteng







         Tanggal 24 Januari 2011, majlis Pelancaran Kempen Antiponteng peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Kehadiran Yang Berhormat Haji Syafiq Fauzan bersama-sama dengan tetamu jemputan telah memberi seribu makna pada majlis ini. Segala amanat yang disampaikan oleh Yang Berhormat telah berjaya menyuntik semangat para pelajar sekolah ini untuk lebih berjaya dalam akademik seterusnya merealisasikan hasrat Tuan Pengetua untuk menjadikan SMK Paya Besar antara lima sekolah terbaik di daerah Kuantan. Pada majlis ini juga, penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkehadiran penuh ke sekolah sepanjang tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. 

Friday, January 21, 2011

AKTIVITI BRAIN AND PHYSICAL CHALLENGE

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) menganjurkan satu progam perintis yang dikenali sebagai Brain and Physical Challenge bertempat di Bukit Pelindung, Kuantan dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Program tersebut melibatkan 40 pelajar, 14 guru prauniversiti bersama barisan pentadbir SMK Paya Besar serta pegawai-pegawai JPNP.

Jam 8.00 pagi kami tiba di Bukit Pelindung dengan menaiki bas yang disediakan oleh JPN. Kemudian kami diturunkan di depan sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Afzan. Setibanya di destinasi,pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberikan taklimat ringkas tentang perjalanan dan aturcara program tersebut. Sebelum itu , kami semua termasuk guru-guru perlu melakukan senaman ringan . Kemudian , kami diberi cabaran pertama iaitu sebiji belon dan seutas tali. Belon tersebut perlu diikat pada kaki setiap pelajar. Kami haruslah menjaga belon tersebut sepanjang pendakian agar tidak pecah. Selain itu,setiap kumpulan juga diagihkan sebiji telur sebagai barang amanah. Motif pemberian beberapa barang amanah ini adalah untuk melatih dan menanamkan sifat amanah dan peka dalam diri para pelajar supaya apabila diberikan satu amanah , kita akan menjaga amanah tersebut dengan baik.


Pelajar Prauniversiti Sudah bersedia untuk Mendaki :)










Guru -guru Prauniversiti juga bersemangat untuk mendaki bersama pelajar :)


 Tuan Yahya bersama Tuan Pengetua dan juga 
 guru-guru penolong Kanan Prauniversiti satu Daerah Kuantan 


  Guru-Guru Prauniversiti bersama Tuan Pengetua SMK Paya Besar


Kami semua diberi taklimat sebelum mendaki Bukit Pelindung , dan sebelum itu juga 
kami membuat senaman ringan bersama dengan Cikgu Wan Sayuti 



Sebelum pendakian bermula, setiap kumpulan juga diedarkan satu set soalan campuran dimana setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama menjawab soalan tersebut dengan tepat. Set soalan itu perlulah setiap kumpulan jawab sambil mendaki bukit pelindung .Set soalan tersebut dibina oleh guru-guru prauniversiti berdasarkan beberapa subjek dan sukatan STPM yang dipelajari di sekolah dan tidak ketinggalan juga soalan tentang pengetahuan am para pelajar.Sebelum memulakan pendakian,setiap kumpulan diberi cabaran permainan pertama dimana kumpulan yang berjaya akan bergerak memulakan pendakian dahulu bersama fasilitator masing-masing.Cabaran tersebut adalah cabaran telefon karat dan mengira kacang hijau yang terdapat dalam uncang kecil.Para pelajar diuji dengan cabaran tersebut adalah untuk menguji tahap kepekaan dan penelitian mereka supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja dan yang paling penting apabila berada dalam satu kumpulan ialah kerjasama .







 Tuan Yahya semangat mendaki Bukit Pelindung bersama dengan guru-guru .



Akhirnya pada jam 11.00 pagi,setiap kumpulan tiba di puncak dengan jayanya.Masing-masing mengukir senyuman tanda puas hati biarpun garis-garis kepenatan terukir di wajah masing-masing.Cabaran tidak berakhir setakat itu sahaja. Setibanya di puncak,kami diberikan cabaran individu dan kumpulan. Cabaran ini bertujuan menguji tahap pemikiran para pelajar supaya berfikiran lebih jauh dan bertindak mengikut arahan .Setiap pelajar diberi satu helai kertas untuk dijawab dalam masa empat minit.Dalam cabaran ini,kami semua gagal menjawab mengikut kehendak soalan kerana tidak peka dengan arahan.Seterusnya kami meneruskan permainan dengan cabaran kertas ajaib.Setiap kumpulan diberi sehelai kertas lukisan dan kami dikehendaki mengoyak kertas tersebut untuk memastikan kesemua ahli kumpulan dapat memasukinya disekelilingnya .Alhamdulillah,cabaran tersebut dapat diatasi dengan jayanya walaupun terdapat kumpulan yang mungkin  tersalah langkah. Walau bagaimanapun , kami semua belajar daripada kesilapan .







Tidak lengkap juga program tersebut tanpa ucapan dari Tuan Pengetua mengenai program ekspedisi Brain & Physical Challenge tersebut.Tuan Pengetua menyampaikan kepada kami bahawa beliau amat berbangga dengan semangat yang dipamerkan oleh para pelajar dan guru-guru yang terlibat sehingga berjaya menawan puncak Bukit Pelindung.Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran juga mengambil kesempatan memberikan ulasan mengenai program yang julung kali diadakan itu.Beliau merupakan pencetus idea untuk mengadakan program tersebut untuk semua pelajar prauniversiti.Beliau berharap selepas program ini,para pelajar akan lebih bertenaga dan bersemangat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar prauniversiti.




Sebelum bertolak pulang ke sekolah,kami dijemput menjamu makan tengahari di Sekolah Kebangsaan Assunta.Para pelajar dan guru beramai-ramai berarak ke sekolah tersebut dengan girang walaupun masing-masing kelaparan.Tepat jam 12 tengahari,kami bertolak pulang.Kami berharap program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana selepas program ini berlalu,kami merasakan perubahan berlaku dan kami lebih bersemangat dan bertambah sihat.Program seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan,malah dapat mengurangkan tekanan kami semasa belajar.Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang kerana memberi kami peluang menjadi perintis utama kepada program ini. Jasa kalian akan kami kenang . Terima kasih .









Kami semua sempat bergambar dengan Tuan Pengetua kami , 
En, Nanda Kumaran A/L Khatirvaloo .:)



PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !

SELAMAT DATANG / WELCOME

Pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar




Laman blog MPP Prauniversiti SMK Paya Besar dibangunkan untuk menjadi medan penyampai maklumat kepada pelbagai pihak secara dalam talian. 
Oleh itu, Moderator dan Jawatankuasa Multimedia Prauniversiti SMK Paya Besar merakamkan ucapan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman blog ini. Kami amat berharap agar kewujudan blog ini membolehkan pelbagai maklumat dapat disalurkan kepada pelajar dan guru secara dalam talian. Laman ini juga diharap dapat menjadi medan penyalur dan penyampai maklumat kepada semua pembaca atau pengunjung.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan dan cadangan untuk menambah baik laman blog ini agar menjadi antara laman sesawang berinformasi.
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca maklumat dalam laman ini.Kami juga mengalu-alukan kunjungan anda pada masa akan datang. Jumpa lagi.