ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, May 24, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011



Asalamualaikum w.b.t .
Peperiksaan pertengahan tahun 2011 akan berlangsung selama 3 minggu , bermula daripada 12 Mei 2011 sehingga 25 Mei 2011 .
Peperiksaan kali ini benar - benar mengikut format STPM , dan semua pelajar Prauniversiti harus lebeih bersedia dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang . InsyaAllah .

Ingat !
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun kita akan diserahkan oleh Tuan Pengetua sendiri iaitu En.Nandakumaran A/L Khatirvaloo di hadpan pelajar tingkatan 6 rendah selepas cuti sekolah ini .
Semoga semuanya bersiap sedia ya . :)

Doakanlah kami semua wahai ibu bapa , guru-guru , dan rakan - rakan sekalian .
Doa , berkat semua amat kami perlukan supaya kami semua dapat menjwab peperiksaan dengan hati yang tenang . InsyaAllah . Doakan dan restukan kami semua ya cikgu :)





InsyaAllah , kejayaan milik kita semua .
Amin .

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!

Sambutan Hari Guru SMK Paya Besar .

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar telah diadakan

Tarikh : 16 Mei 2011
Tempat : Dewan Al- Multaqa SMK Paya Besar

Kami semua pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar mengambil kesempaatan di sini untuk mengucapakn Selamat Hari Guru pada semua guru kami sama ada yang mengajar attau tidak mengajar kami .





we all LOVE YOU !

Hari ini berlangsung Sambutan Hari Guru 2011 
peringkat sekolah di Dewan Multaqa'.
Majlis bermula dengan Bacaan Doa diikuti
dengan membaca Perutusan Hari Guru yang 
dibaca oleh En Mohamed b Che Ibrahim
GPK HEM dan En Wan Sayuti Wan Mohamed. 
 Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia 
dan membaca Ikrar Guru yang diketuai
oleh En Daeme Abu Bakar.
Persembahan Multimedia Hari Guru
yang telah disediakan oleh guru-guru praktikum.


Sukaneka Hari Guru SMK Paya Besar :)


Sukaneka Hari Guru berlangsung dalam suasana
yang cukup meriah. 
Macam-macam acara ada...
 Bowling kelapa dan air dalam belon...
Ooopss.... habis basah kuyup....
 Yang ini pula main tali skipping...
Acara masuk air dalam botol pun ada....
 Selain sukaneka yang lelaki tak sah kalau
tak main bola sepak....
Petanque pun ada.... Tahniah pasukan
Pendidikan Khas.... jadi juara....
 Yang ini pulak.... riuh-riuh tu main apa?
Bola tampar dan sepaktakraw...
Siapa menang ni? Guru atau pelajar.....
 Wajah-wajah yang menceriakan 
sambutan hari guru....
Semoga tererat hubungan antara guru dan pelajar...

Antara koleksi gambar - gambar pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar 

















SMK Paya Besar TOP 5 !!
PRAUNIVERSITI SMK Paya Besar TOP 3 !!!!

Pendaftaran Prauniversiti ( tingkatan 6 Rendah ) tahun 2011

Tarikh : 9 Mei 2011
Hari    : Isnin
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 2.35 petang

yeayyyy ! kami semua akan mendapat adik - adik baru ( junior ) . 
Akhirnya , kami kene akur yang kami adalah ' kakak & abang ' kepada adik- adik semua .
Apepun , kami sebagai senior mengucapkan selamat datang ke Prauniversiti SMK Paya Besar .
Semoga adik -adik semua dapat menjadi generasi kedua terbaik untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar  , serta sentiasa menjaga nama baik Prauniversiti SMK Paya Besar .  


Pendaftaran pelajar-pelajar prauniversiti 
telah berlangsung di Dewan Multaqa'.

 Pelajar akan melalui minggu orientasi
selama seminggu.

Guru - Guru Prauniversiti dan Pelajar Prauniversiti  SMK Paya Besar Tahun 2011 mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan 6 rendah .

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !

Kursus Kepimpinan Pengawas dan Kem PUPA




 Ramai-ramai ini nak ke mana?
Rupa-rupa ada Kursus Kepimpinan Pengawas 
bermula hari ini 29 hingga 30 April 2011 
bertempat di Semporna Resort.
Huhu... yang ini pula nak ke mana?
Ada kem juga .... Kem PUPA.
Kem apa tu...???
Program Untuk Peningkatan Akademik.
Seramai 40 orang pelajar terpilih
mengikuti kem tersebut di Pusat Latihan
Pertanian Indrapura.


Kem Kepimpinan Pengawas telah berlangsung
selama 2 hari 1 malam bermula
29 - 30 April 2011 di Sempurna Resort
melibatkan semua Pengawas SMK Paya Besar.
 Mendengar taklimat.
 Kem komandan bersama urusetia.
 Ooopssss.... naik apa tu...
 Ceramah yang disampaikan oleh En Mohamed
GPK HEM SMK Paya Besar.
 Amboi... enjoy you all ye....
 Aktiviti yang mendebarkan... public speaking....
 Pembentangan kumpulan.

Semoga sifat kepimpinan yang dipupuk
mampu melahirkan pengawas yang berdisiplin
dan  menjadi contoh kepada pelajar lain.


Seramai 40 orang pelajar telah terlibat
dalam Program Peningkatan Akademik (PUPA)
yang telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian
Inderapura Kuantan.
 Antara pengisian aktiviti ialah mendengar ceramah.
Pelajar khusyuk mendengar.
 
 Ada ketikanya.... tangan ke depan....
Aktiviti sukaneka yang menyeronokkan.
 Khusyuk melihat persembahan pelajar.
 Beriadhah....
 Tarik nafas.....
 Aktiviti LDK.

Semoga aktiviti bermanafaat dapat
memotivasi pelajar untuk terus tertingkat.