ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, April 30, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Tempat           : Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh             : 27-29 April 2012
Guru Pengiring : En.Jaabar, En.Daemi, Pn.Mastura, Pn.Noryati
Bil. Pelajar       : 10 (L) 26 (P)





Hari I

Pelajar berkumpul di sekolah pada pukul 6..Tetepi disebabkan oleh masalah teknikal kami bertolak pada pukul 8 pagi..Perjalan dari Kuantan ke USM kampus induk mengambil masa 10 jam..Oleh itu, banyak gelagat-gelagat peljar-pelajar dan guru-guru semasa dalam perjalanan..




semasa menunggu bas tiba..



nyenak tidur sampai tidak sedar keadaan sekeliling.. 



sudah lama dalam bas perut jadi kosong..berhenti makan dahulu..



segar sudah semua kerana kenyang..


Akhirnya sampai juga di USM Pulau Pinang ini.. 



Teruja apabila sampai.. :)





Pendaftaran pelajar dan pemberian kunci bilik.. :)


Aktiviti malam iaitu program sua kenal USM bersama ahli Majlis Tertinggi Perdama..
Bermula pada pukul 9 malam hingga 10:30 malam..Pelajar dapat mengatahui bagaimana mereka ingin memasuki Universiti ini dan kursus yang ditawarkan di USM..






Hari ke II

Aktiviti melawat persekitaran USM..

Melawat bilik-bilik kuliah yang terdapat di sini..Pelajar amat teruja apabila dapat mengetahui dengan lebih dalam suasana pembelajaran yang dilalui oleh mahasiswa dan mahasiswi..







Melawat Pusat Sumber Hamzah Sendut I dan II yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bahan rujukan yang lengkap dan hasil-hasil kajian yang dibuat oleh Mahasiswa dan mahasiswi di USM..














Melawat Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM..
Terdapat pelbagai sejarah baru dan lama disini..Pelajar mengambil peluang ini untuk mengisi pengetahuan mereka mengenai sejarah awal disini.. 











Seterusnya pelajar-pelajar dibawa menikmati keindahan bumi Pulau Pinang di Bukit Bendera dan menjamu selera dengan hidangan nasi kandar yang popular di Pulau Pinang sabagai acara penutup.. 









Hari ke III

Majlis penutup..Ucapan dari Guru,wakil peljar dan wakil USM..








Terima kasih kepada semua guru-guru,pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus dalam menjayakan lawatan ini dan tidak lupa juga kepada wakil-wakil USM yang sudi memberi bimbingan dan dan motivasi kepada kami..
Semoga suatu hari nanti kami semua dapat menjejakkan kaki di USM sebagai mahasiswa dan mahasiswi USM.. :)


TERIMA KASIH: