ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Thursday, March 15, 2012

Keputusan STPM 2011

Tahniah kepada calon-calon STPM 2011 kerana telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan..Dengan keputusan yang diperolehi itu telah meletakkan Pra-U SMK Paya Besar di tempat yang ke-4 terbaik di daerah Kuantan daripada 12 buah sekolah..


wajah-wajah yang gementar..

Antara yang memperolehi keputan yang cemerlang..

1.Rian Nordiansyah B Ramli  (3.58)
2.Mohd Syafiq B Ahmad Dusuki (3.50)
3.Nurul Amila Binti Abdul Rahman (3.42)
4.Nur Hikmah Binti Abdullah Sani (3.25)
5.Ahmad Shahir B Omar (3.09)
6.Abu Syahid B Omar (3.08)
7.Fadhillatul Sa'adah Bt Nadzeri (3.08) 
8.Mohd Ashari B Rosli (2.92)
9.Nurnadzreena Bt Nazam (2.83)
10.Mohammad Hafifi faiz B Azmi (2.83)
11.Nadhirah Bt Jailani (2.83)
12.Nor Hidayah Bt Ab Majid (2.83)
13.Mohd Zaki B Zulkifli (2.75)
14.Noor Farahanim Bt Rahimi (2.75)
15.Harismanto B Tamri (2.67)
16.Noor Fatiha Bt Zulkifli (2.67)


Kepada calon-calon STPM 2012 ambilkan ini sebagai motivasi diri,agar kita juga mampu menjadikan Pra-u SMK Paya Besar antara sekolah yang disegani..  
Semoga kejayaan milik kita.. :)


Thursday, March 1, 2012

Program guru penyayang

Pada hari ini telah diadakan program guru penyayang di seluruh Malaysia termasuk lah SMK Paya Besar.. Pada awal pagi guru-guru berkumpul di pintu utama sekolah dan para pelajar yang hadir akan besalaman dengan guru-guru sebulum mereka masuk kedalam dewan..







Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh pelajar dari kelas aliran agama..seterusnya diikuti oleh ceramah oleh GPK Hal Ehwal Murid En.Mohamad B. Che Ibrahim..


Seterusnya ucapan dari Puan Pengetua Datin Hjh. Ezizah Bt Hj Hasyim dan merasmi program guru penyayang peringkat sekolah SMK Paya Besar..



Akhirnya..acara kemuncak ialah sambutan hari lahir guru dan pelajar yang dilahirkan pada tanggal 1/3..


Merentas Desa 2012

Larian merentas desa 2012.. Pelajar Pra-U tidak terlibat dalam larian tetapi terlibat dalam membantu guru-guru sebagai penjaga masa permulaan dan penamat dan pegawai keselamatan..





Selain itu, mpp juga mengambil kesempatan untuk menambah dana tabung mpp dengan mengadakan jualan pada hari merentas..



Terima kasih atas pertolongan pelajar-pelajar kerana telah menjayakan program 
merentas desa kali ini..