Pada 13 Mac 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah telah berjaya mengadakan Seminar Tatabahasa. Seramai 36 orang pelajar prauniversiti dan 12 orang guru telah berpeluang bersama-sama dengan tuan penceramah iaitu Cikgu Abdul Ghalib Yunus, (Munshi Dewan dan juga Guru Cemerlang) dari SMK Seri Serdang untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu tatabahasa. Selain itu, dengan adanya seminar seumpama ini, diharap mampu untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan membantu mereka membina ayat yang baik dan gramatis.
ProMahasiswa
- Prauniversiti SMK Paya Besar
- MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.
Monday, March 14, 2011
Friday, March 4, 2011
selamat menjalani ujian bulan Mac buat semua pelajar prauniversiti.
Isnin , 07hb Mac 2011
8.00 - 9.30 pagi --> Pengajian Am Kertas 2
10.30 - 12.00 tengahari --> Sejarah Kertas 1 / Geografi Kertas 1
1.30 - 2.30 petang --> Pengajian Am Kertas 1
Selasa , 08hb Mac 2011
8.00 - 9.30 pagi --> Bahasa Melayu Kertas 2
10.30 - 12.00 tengahari --> Sejarah Kertas 2 / Geografi Kertas 2
1.30 - 2.30 petang --> Bahasa Melayu Kertas 1
Rabu , 09hb Mac 2011
8.00 - 9.30 pagi --> Ekonomi Kertas 1 ( Mikroekonomi )
10.30 - 12.00 tengahari --> Pengajian Perniagaan Kertas 1
Khamis , 10hb Mac 2011
MUET
Speaking , Reading , Writing & Listening
10.30 - 2.30 petang
Jumaat , 11hb Mac 2011
8.00 - 9.30 pagi --> Ekonomi Kertas 2 ( Makroekonomi )
10.30 - 12.00 tengahari --> Pengajian Perniagaan Kertas 2
Berjuanglah dan berusahalah demi Islam kerana perjuangan kita masih belum selesai ,
semua insan menginginkan Syurga yang dijanjikanNya,dan mati dalam keadaan sedang berjihad di jalanNya.
Kursus Motivasi Barisan Kepimpinan Pengawas
Pada jam tiga petang pihak badan pengawas telah mengadakan satu program julung kali pada tahun ini iaitu program kursus motivasi selama lebih kurang dua jam bertempat di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar.
Program motivasi tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Isap, Encik Abdul Rahim Mustapphar.Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program-program motivasi sejak beberapa tahun yang lepas.
Kursus Motivasi tersebut dipengerusikan oleh pelajar prauniversiti,Noorfarahanim bt Rahimi yang juga merupakan penolong ketua pengawas SMK Paya Besar sesi 2010/11.Sebelum program tersebut bermula,Tuan Pengetua telah memberikan sepatah dua kata kepada para pengawas sekolah dan tidak ketinggalan kata-kata peransang buat para pengawas.
barisan exco pengawas yang terdiri daripada pelajar-pelajar prauniversiti sesi 2010/11
para pelajar prauniversiti tekun mendengar motivasi yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahim.
semoga apa yang disampaikan menjadi input yang berguna buat para pelajar dan segala tips menjadi pemimpin yang tidak mudah memberi alasan ketika menjalankan tugas perlu dipraktikkan dalam kehidupan para pelajar.
Penyampaian saguhati kepada Encik Abdul Rahim sebagai tanda terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa dan memberikan para pengawas input yang berguna pada petang ini.
Barisan pengawas prauniversiti bersama guru penasihat badan pengawas, Puan Sharifah Badariah.
Para pengawas menjamu selera di kantin sekolah setelah program tamat.
Sedikit jamuan ringan juga telah diadakan di kafe kantin sekolah buat jemputan penyampai motivasi, Encik Abdul Rahim bersama Tuan Pengetua,Encik Nandakumaran dan guru-guru penasihat badan pengawas SMK Paya Besar, Puan Che Hanisah dan Puan Sharifah Badariah.
Semoga para pengawas prauniversiti dapat menjadi contoh tauladan yang baik buat adik-adik dan terus menjadi pemimpin yang menjadi role-model buat pelajar-pelajar SMK Paya Besar dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan prestasi akademik kerana pemimpin yang baik datang daripada pelajar-pelajar yang bagus dalam akademik dan sahsiahnya.
Wednesday, March 2, 2011
Larian Merentas Desa 2011
Larian Merentas Desa telah selamat diadakan
dalam suasana harmoni dan meriah.
Kehadiran pelajar amat membanggakan.
Acara bermula dengan taklimat larian
yang telah disampaikan olen En Zamzuri Ahmad.
Sebelum memulakan larian semua pelajar telah
mengadakan sesi memanaskan badan.
Pelajar perempuan kategori bawah 15 tahun
dan 18 tahun dilepaskan dahulu.
Kemudian dilepaskan pelajar lelaki
kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.
Pelajar pendidikan khas juga turut berlari.
Juara-juara sudah tiba....
Guru-guru memulakan tugas masing-masing.
Walaupun penat menguruskan pelajar
guru-guru kelihatan ceria.
Mereka tidak pernah mengira
penat lelah yang telah dicurahkan.
Pelajar juga turut bertugas terutama
dari Kadet Polis dan PBSM.
Acara kemuncak penyampaian hadiah
kepada pelari telah menang .
Antara pelajar Prauniversiti yang telah menang acara merentas desa ialah ,
InsyaAllah . PRAUNIVERSITI SMK Paya Besar TOP 3 tahun 2011 !
Perarakan Maulidur Rasul
Pada 25 / 02 / 2011 . Hari Jumaat di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar .
Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiuaawal 1442 H peringkat sekolah telah diadakan .
Program ini dianjurkan oleh Init Pendidikan Islam SMK Paya Besar .
Semua pelajar dan juga guru-guru diwajibkan menyertai perarakan ini , tidak terkecuali kepada kami pelajar Prauniversiti .
Alhamdulilah , program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan .
Kami Pelajar dan juga Guru Prauniversiti SMK Paya Besar , bersepakat memakai pakaian tema Ungu pada hari tersebut .
Perarakan kami juga turut disertai bersama dengan YB Dato Shafiq ,
Tuan Pengetua , dan barisan Pentadbir sekolah .
Tuan Pengetua , dan barisan Pentadbir sekolah .
Terima kasih kepada Dato Shafik Fauzan,
kerana sudi datang dan turun sekali untuk berarak bersama kami semua .
kerana sudi datang dan turun sekali untuk berarak bersama kami semua .
Semoga Program seperti ini akan diadakan pada amsa akan datang , InsyaAllah .
Perdebatan ala Parlimen di Kolej Shahputra
Pada 23 Februari 2011 , hari Rabu , pada jam 8.30 pagi ,
seramai 40 pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar dan tiga orang guru Tingkatan 6 iaitu Puan Roslina , Puan Nooryati , Cikgu Jabar dan Cikgu Daeme telah dijemput untuk menyaksikan Pertandingan Perdebatan Persahabatan antara Kolej Shahputra dengan Universiti Malaysia Pahang bertempat di dewan auditorium Kolej Shaputra , Kuantan . Yang terlibat pada hari tersebut adalah pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Astana .
Encik Abdul Jabar dan Encik Daeme
Puan Roslina dan Puan Nooryati
Guru - Guru pengiring prauniversiti
Pelajar prauniversiti SMK Paya Besar
Pelajar prauniversiti SMK ASTANA
Di dalam perdebatan , semestinya terdapat barisan kerajaan , dan juga mesti terdapat barisan pembangkang . Mereka semua yang terlibat adalah pelajar , dan juga merupakan pelajar yang belajar di semester akhir .
Pertandingan ini telah diadakan sebanyak 3 kali sebelum ini .
Tajuk Perdebatan mereka adalah ,' Mahasiswa Pemangkin Transformasi Satu Malaysia ' .
Tajuk perdebatan mereka sesuai dengan kami pelajar prauniversiti , kerana kami juga dipanggil mahasiswa .perdebatan mendapat sambutan yang hangat daripada semua penonton di dalam dewan.
Alhamdulilah , pada Jam 11.oo pagi , perdebatan telah tamat , dan semua pemenang telah diumumkan ,pemenang untuk Pertandingan Perdebatan Persahabatan Ala Parlimen tersebut telah dimenangi oleh pihak kerajaan iaitu pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang dan pihak pembangkang telah mendapat tempat kedua .
Antara barisan peserta yang terlibat :
Tahniah !
Kalian semua sangat hebat.
Kami semua kagum dengan keyakinan dan persembahan yang kalian tunjukkan ..
Semoga program seperti ini akan diadakan selalu terutama untuk kami pelajar Prauniversiti ,
supaya kami akan mendapat banyak Ilmu dan keyakinan diri .
InsyaAllah ,
Kami sebagai junior dan juga mahasiswa , akan cuba mengikuti jejak langkah kalian semua .
Syabas!
Terima kasih kerana sudi jemput kami semua yang terlibat ,
daripada kami ,
Pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar .
Subscribe to:
Posts (Atom)












































