ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, February 27, 2012

English Workshop

English Workshop 20th February 2012..Involve all students Pra-U..


the mederator of the program was Mr. Sahadevan.


It is hoped that this program will encourage students to develop better communication skills.





Tuesday, February 21, 2012

PROGRAM EXCEL

11/2..Program ini melibatkan pelajar PMR,SPM dan STPM..Seramai 30 orang pelajar Pra-U dipilih untuk untuk mengikuti program ini..



Program ini dirasmikan oleh
YB Dato' Hj Shafik Fauzan Hj Sharif , DIMP, SMP dan 
disusuli oleh ucapan daripada 
Puan Pengetua Datin Hjh Ezizah Hj Hashim.


Ceramah Keibubapaan telah disampaikan oleh
En Yusuf Kasim, GPK Hem SMK St. Thomas..

"SEMOGA KECEMERLANGAN MENJADI MILIK KITA"


MUET



21 dan 22 febuari..Peperiksaan MUET akan berlangsung..Kepada rakan-rakan yang mendudukinya..Semoga berjaya..Kejayaan pasti menjadi milik kita jika disusuli dengan usaha dan doa.. :)


Monday, February 13, 2012

Maulidur Rasul

Sambutan maulidur rasul 1443 hijrah diadakan pada 10/2/2012 dengan bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Program ini anjurkan oleh Unit Pendidikan Islam SMK Paya Besar dan melibatkan semua pelajar dan guru-guru.




























Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Prauniversiti. MPP telah
berjaya memperoleh tempat pertama dalam kategori pembarisan dan tempat kelima 
ketegori kain rentang.







TAHNIAH...kepada semua pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar..
Semoga kejayaan menjadi milik kita.. :)

Friday, February 10, 2012

Kain Rentang

Selama 3 hari masa diambil oleh kami untuk menyiapkan kain rentang untuk majlis sambutan Maulidur rasul..Semoga kejayaan menjadi milik kami..

Hari pertama
melakarkan pada kain rentang.




Hari kedua.
mula mewarna kain rentang.





hari ketiga.
menambahbaik lakaran.





terima kasih kepada semua rakan yang sentiasa mnunjukkan kerjasama yang baik..




Wednesday, January 18, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

17 januari Pelajar-pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012 telah di beri baucar buku 1 Malaysia.Baucar buku bernilai Rm200 ini hanya sah digunakan di kedai-kedai buku tepilih sahaja sehingga 31/3.


pelajar-pelajar perlu mengisi beberapa maklumat sebelum menerima baucar.



wajah-wajah gembira yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Prauniversiti setelah mendapat baucar buku 1 Malaysia..

Saturday, January 14, 2012

Happy Birthday

12/1 Selamat hari lahir diucapkan kepada bonda tersayang Pn. Roslina Bt Shahri GPK Prauniversiti SMK Paya Besar.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.



Hadiah ini sebagai kenangan, ikhlas dari kami pelajar prauniversiti SMK Paya Besar Sesi 2011/2012.  

Wednesday, January 11, 2012

Hari Pertauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti Sesi 2011/2012

Pada pagi yang indah ini telah berlansungnya Hari Pertauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengetua SMK Paya besar iaitu Datin Hjh Ezizah Hj Hasyim.


 Seterusnya, majlis di serikan lagi dengan  tayangan multimedia yang disediakan oleh Biro Multimedia Prauniversiti.



Barisan pentadbir dan para pelajar yang sedang asyik melihat tayangan multimedia.Seterusnya upacara penyampaian watikah disempurnakan oleh puan pengetua kepada pelajar-pelajar prauniversiti yang telah memenangi pilihan raya pada akhir tahun 2011.




Bacaan ikrar oleh exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh Muhammad Adam Kamal Bin Salehuddin selaku Yang Di-Pertua MPP Praunversiti SMK Paya Besar Sesi 2011/2012.



Barisan exco Tertinggi MPP Prauniversit SMK Paya Besar.Semoga barisan ini dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan amanah dan bertoleransi.Berharap agar visi dan misi Prauniversiti SMK Paya Besar tercapai dengan adanya exco ini. 






Friday, October 14, 2011

FRASER HILL'S TRIP - story 3


 Hari kedua sesi bersama En Roslan bin Mansor,
Pegawai di JPNP yang juga merupakan
Timbalan PIBG SMK Paya Besar.
Beliau turut berkongsi pengalaman 
memberi motivasi dan kata-kata semangat
kepada peserta Program BUKA.
 Yang ni pula.... SURAT UNTUK BONDA....
Apa yang ditulis tu...?
Yang mula pasti berakhir....
Majlis penutup berjalan lancar.
Banyak dapat hadiah nampaknya....
Semua berakhir dengan baik....
Dalam berseronok jangan lupa yang 
tersurat dan tersirat....
Menjadi harapan selepas melalui Program BUKA
semua pelajar menyedari betapa penting
untuk cemerlang samada akademik atau sahsiah diri.
Moga semua lebih tertingkat untuk 
bersungguh-sungguh mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam Peperiksaan
PMR, SPM & STPM 2011.
"SAYA INSAN CEMERLANG"
"SMK PAYA BESAT TOP 5"

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!!

FRASER HILL'S TRIP - story 2


 Pagi-pagi sudah berkumpul ramai-ramai...
Huhu... nak pergi mana tu...?
 Oh... pergi jungle treking....
Tengok... macam-macam aktiviti yang dibuat
semasa jungle treking.  
Mendekatkan diri dengan alam ciptaan Allah.... 
Moga kita lebih mensyukuri nikmat yang diberikanNya....
 Petang pulak ada sesi Personaliti Diri bersama
Pn Sakinah Guru Kaunselor Cemerlang SMK Paya Besar.
Masing-masing sudah kenal diri tu...
maka langkah perlu diambil untuk jadi 
insan yang punyai peribadi yang terbaik dan cemerlang.
Dan yang terpenting akhlak yang terpuji....
Amboi tak penat lagi tu....
Malam-malam buat apa lagi...
Apa-apa pun semoga yang dilalui pengalaman
yang dapat membentuk anda semua
menjadi "SAYA INSAN CEMRLANG..."
& "SMK PAYA BESAR TOP 5...."

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!