ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Wednesday, January 18, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

17 januari Pelajar-pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012 telah di beri baucar buku 1 Malaysia.Baucar buku bernilai Rm200 ini hanya sah digunakan di kedai-kedai buku tepilih sahaja sehingga 31/3.


pelajar-pelajar perlu mengisi beberapa maklumat sebelum menerima baucar.



wajah-wajah gembira yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Prauniversiti setelah mendapat baucar buku 1 Malaysia..

No comments:

Post a Comment