ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, March 29, 2011

Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2011


Selesai mesyuarat PIBG bersama guru-guru dan ibu bapa di Dewan Multaqa , majlis diteruskan dengan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2011 ..


Ketibaan Perasmi YB Dato' Hj Shafik b Hj Sharif
DIMP., SMP., Pegerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Keseniaan dan Warisan, Pembangunan Keluarga
dan Hal Ehwal Wanita. 
Beliau telah membuat pemeriksaan 
Perbarisan Unit Beruniform.


Pelajar Form 6 terlibat dengan persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang adalah daripada pelajar dari kelas 6 Atas 1 dan 6 Atas 2 ..
Persembahan ini diketuai dan dibimbing oleh Puan Kan Tieng Tieng .




Bergambar bersama dengan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 ,
 iaitu Puan Roslina 


Gambar bersama dengan guru - guru Tingkatan 6 .



 
Pelajar Tingkatan 6 lelaki gambar bersama dengan
Puan Roslina .

Kemudian , pelajar Form 6 juga  mendapat Anugerah  .
Antaranya :


Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki


Riannordiansyah Bin Ramli


Fatin A'isyah Binti Khairuddin 



Anugerah Khas Pengetua kategori Perempuan
telah diterima oleh
Noorfarahanim bt Rahimi  dari kelas 6A1.

Tahniah !
Alhamdulillah.... anda membanggakan ayah dan ibu....



Monday, March 14, 2011

Seminar Tatabahasa Bahasa Melayu


Pada 13 Mac 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah telah berjaya mengadakan Seminar Tatabahasa. Seramai 36 orang pelajar prauniversiti dan 12 orang guru telah berpeluang bersama-sama dengan tuan penceramah iaitu Cikgu Abdul Ghalib Yunus,           (Munshi Dewan dan juga Guru Cemerlang) dari SMK Seri Serdang untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu tatabahasa. Selain itu, dengan adanya seminar seumpama ini, diharap mampu untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan membantu mereka membina ayat yang baik dan gramatis.







Friday, March 4, 2011

selamat menjalani ujian bulan Mac buat semua pelajar prauniversiti.

Isnin , 07hb Mac 2011

8.00 - 9.30 pagi --> Pengajian Am Kertas 2

10.30 - 12.00 tengahari --> Sejarah Kertas 1 / Geografi Kertas 1

1.30 - 2.30 petang --> Pengajian Am Kertas 1

Selasa , 08hb Mac 2011

8.00 - 9.30 pagi --> Bahasa Melayu Kertas 2

10.30 - 12.00 tengahari --> Sejarah Kertas 2 / Geografi Kertas 2

1.30 - 2.30 petang --> Bahasa Melayu Kertas 1

Rabu , 09hb Mac 2011

8.00 - 9.30 pagi --> Ekonomi Kertas 1 ( Mikroekonomi )

10.30 - 12.00 tengahari --> Pengajian Perniagaan Kertas 1

Khamis , 10hb Mac 2011

MUET
Speaking , Reading , Writing & Listening

10.30 - 2.30 petang

Jumaat , 11hb Mac 2011

8.00 - 9.30 pagi --> Ekonomi Kertas 2 ( Makroekonomi )

10.30 - 12.00 tengahari --> Pengajian Perniagaan Kertas 2


Berjuanglah dan berusahalah demi Islam kerana perjuangan kita masih belum selesai ,
semua insan menginginkan Syurga yang dijanjikanNya,dan mati dalam keadaan sedang berjihad di jalanNya.

Kursus Motivasi Barisan Kepimpinan Pengawas

Pada jam tiga petang pihak badan pengawas telah mengadakan satu program julung kali pada tahun ini iaitu program kursus motivasi selama lebih kurang dua jam bertempat di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar.

Program motivasi tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Isap, Encik Abdul Rahim Mustapphar.Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program-program motivasi sejak beberapa tahun yang lepas.

Kursus Motivasi tersebut dipengerusikan oleh pelajar prauniversiti,Noorfarahanim bt Rahimi yang juga merupakan penolong ketua pengawas SMK Paya Besar sesi 2010/11.Sebelum program tersebut bermula,Tuan Pengetua telah memberikan sepatah dua kata kepada para pengawas sekolah dan tidak ketinggalan kata-kata peransang buat para pengawas.




barisan exco pengawas yang terdiri daripada pelajar-pelajar prauniversiti sesi 2010/11

para pelajar prauniversiti tekun mendengar motivasi yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahim.
semoga apa yang disampaikan menjadi input yang berguna buat para pelajar dan segala tips menjadi pemimpin yang tidak mudah memberi alasan ketika menjalankan tugas perlu dipraktikkan dalam kehidupan para pelajar.


 Penyampaian saguhati kepada Encik Abdul Rahim sebagai tanda terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa dan memberikan para pengawas input yang berguna pada petang ini.

 Barisan pengawas prauniversiti bersama guru penasihat badan pengawas, Puan Sharifah Badariah.

 Para pengawas menjamu selera di kantin sekolah setelah program tamat.

 Sedikit jamuan ringan juga telah diadakan di kafe kantin sekolah buat jemputan penyampai motivasi, Encik Abdul Rahim bersama Tuan Pengetua,Encik Nandakumaran dan guru-guru penasihat badan pengawas SMK Paya Besar, Puan Che Hanisah dan Puan Sharifah Badariah.

Semoga para pengawas prauniversiti dapat menjadi contoh tauladan yang baik buat adik-adik dan terus menjadi pemimpin yang menjadi role-model buat pelajar-pelajar SMK Paya Besar dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan prestasi akademik kerana pemimpin yang baik datang daripada pelajar-pelajar yang bagus dalam akademik dan sahsiahnya.

Wednesday, March 2, 2011

Larian Merentas Desa 2011

 Larian Merentas Desa telah selamat diadakan
dalam suasana harmoni dan meriah.
Kehadiran pelajar amat membanggakan.
Acara bermula dengan taklimat larian
yang telah disampaikan olen En Zamzuri Ahmad. 
 Sebelum memulakan larian semua pelajar telah 
mengadakan sesi memanaskan badan.
 Pelajar perempuan kategori bawah 15 tahun
dan 18 tahun dilepaskan dahulu.
 Kemudian dilepaskan pelajar lelaki 
kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.
 Pelajar pendidikan khas juga turut berlari.
 Juara-juara sudah tiba....
 Guru-guru memulakan tugas masing-masing.
 Walaupun penat menguruskan pelajar
guru-guru kelihatan ceria.
 Mereka tidak pernah mengira 
penat lelah yang telah dicurahkan.
 Pelajar juga turut bertugas terutama
dari Kadet Polis dan PBSM.
 Acara kemuncak penyampaian hadiah
kepada pelari telah menang .

Antara pelajar Prauniversiti yang telah menang acara merentas desa ialah ,



InsyaAllah . PRAUNIVERSITI SMK Paya Besar TOP 3 tahun 2011 ! 






Perarakan Maulidur Rasul


Pada 25 / 02 / 2011 . Hari Jumaat di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar .
Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiuaawal 1442 H peringkat sekolah telah diadakan .
Program ini dianjurkan oleh Init Pendidikan Islam SMK Paya Besar .
Semua pelajar dan juga guru-guru diwajibkan menyertai perarakan ini , tidak terkecuali kepada kami pelajar Prauniversiti . 
Alhamdulilah , program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan . 

Kami Pelajar dan juga Guru  Prauniversiti SMK Paya Besar , bersepakat memakai pakaian  tema Ungu pada hari tersebut .












Perarakan kami juga turut disertai bersama dengan YB Dato Shafiq , 
Tuan Pengetua , dan barisan Pentadbir sekolah .






Terima kasih kepada Dato Shafik Fauzan, 
kerana sudi datang dan turun sekali untuk berarak bersama kami semua .




Semoga Program seperti ini akan diadakan pada amsa akan datang , InsyaAllah .