ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, February 13, 2012

Maulidur Rasul

Sambutan maulidur rasul 1443 hijrah diadakan pada 10/2/2012 dengan bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Program ini anjurkan oleh Unit Pendidikan Islam SMK Paya Besar dan melibatkan semua pelajar dan guru-guru.




























Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Prauniversiti. MPP telah
berjaya memperoleh tempat pertama dalam kategori pembarisan dan tempat kelima 
ketegori kain rentang.







TAHNIAH...kepada semua pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar..
Semoga kejayaan menjadi milik kita.. :)

No comments:

Post a Comment