ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Thursday, March 1, 2012

Program guru penyayang

Pada hari ini telah diadakan program guru penyayang di seluruh Malaysia termasuk lah SMK Paya Besar.. Pada awal pagi guru-guru berkumpul di pintu utama sekolah dan para pelajar yang hadir akan besalaman dengan guru-guru sebulum mereka masuk kedalam dewan..







Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh pelajar dari kelas aliran agama..seterusnya diikuti oleh ceramah oleh GPK Hal Ehwal Murid En.Mohamad B. Che Ibrahim..


Seterusnya ucapan dari Puan Pengetua Datin Hjh. Ezizah Bt Hj Hasyim dan merasmi program guru penyayang peringkat sekolah SMK Paya Besar..



Akhirnya..acara kemuncak ialah sambutan hari lahir guru dan pelajar yang dilahirkan pada tanggal 1/3..


No comments:

Post a Comment