Pelantikan MPP bagi tahun 2014 telah pun berlangsung pada akhir tahun lepas dimana kami tidak lagi melakukan pilihan raya seperti tahun tahun sebelumnya kerana tempoh masa yang amat singkat menyukarkan kami dan pihak guru merancang aktiviti. Wakil MPP telah dipilih dan diundi oleh setiap pelajar di dalam satu majlis sahaja.
Notis pemberitahuan sebagai pembuka tahun 2014. Setiap pelajar tingkatan 6 diwajibkan memakai kad matrik setiap hari diwajibkan memakai songkok pada hari jumaat seperti yang tertera di gambar berikut. Jika pelajar gagal berbuat demikian,pelajar akan didenda membayar RM0.50.
Berikutnya adalah mesyuarat guru bersama calon Ketua Pengawas bagi sesi 2014. Calonnya adalah pengawas tingkatan 6 iaitu Azrul Naim b. Azme dan juga Rafiq Rifaie.
Calon ketua pengawas telah diminta untuk memberi ucapan di hadapan semua guru SMK Paya Besar. 2 calon daripada tingkatan 6 dan 2 lagi daripada tingkatan 5. Setelah itu setiap guru diberikan satu borang dan diminta untuk memilih salah satu calon daripada mereka berempat.
Note: Keputusannya masih belum diketahui dan masih dirahsiakan sehingga majlis pelantikan pengawas.
Seterusnya pelantikan baru bagi unit uniform,kelab dan persatuan juga sukan dan permainan.
Pada rabu yang lepas,telah diadakan mesyuarat agong rumah sukan bagi pelajar arus perdana dan juga pra-universiti. Biasanya sukan sekolah pelajar pra-u dan arus perdana digabungkan bersama.
Mesyuarat agong rumah sukan biru dan merah
Mesyuarat agong bagi rumah sukan Hijau
Mesyuarat agong bagi rumah sukan kuning.
Tahniah kepada semua calon yang berjaya memegang sebarang jawatan dan juga terima kasih kerana semua pelajar memberi kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan!
No comments:
Post a Comment