ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Sunday, July 31, 2011

seminar di Yayasan Pahang

Pelajar Parauniversiti SMK Paya Besar dijemput oleh SMK Seri Mahkota iaitu penganjur bagi program "  tips2 menjawab peperiksaan STPM "  untuk menyertai & memeriahkan lagi .
program itu berjalan selama 3 hari iaitu bermula dari hari isnin sehingga hari rabu ,dan seminar juga bermula pada jam 8.00 pagi & berakhir pada jam 4 petang .
Seminar ini diadakan di Kompleks Yayasan Pahang .
Antara subjek yang terlibat untuk seminar ini ialah :

SEJARAH
BAHASA MELAYU
PENGAJIAN AM
PENGAJIAN PERNIAGAAN









No comments:

Post a Comment