ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


 Bertempat di Dewan Terbuka telah berlangsung
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah 2011.
Walaupun ringkas tapi meriah kerana
pelajar akan menghadapi ujian selepas ini.
 Guru terpaksa berkumpul di Dataran Matematik
kerana keadaan Dewan Terbuka yang padat
dengan pelajar.....
Wah... masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang...
 Pelajar juga turut mengibar Jalur Gemilang....
 Majlis dipengerusikan oleh En Daeme Abu Bakar.
Diikuti dengan Ucapan Pn Hj Normah Omar
Ketua Bidang Kemanusiaan.
Dalam ucapannya beliau menyarankan pelajar
agar mengambil kesempatan bulan Ramadhan
agar memerdekakan diri dari sifat-sifat buruk
kepada akhlak Islam yang terpuji.
Beliau juga mengumumkan beberapa aktiviti
yang akan diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.
Kemudian Ucapan Perasmian oleh
Yg Berbahgia Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP.,
Pengetua SMK Paya Besar. 
Yg Berbahagia Datin menyarankan agar
pelajar melakukan transformasi agar menjadi
pelajar yang rajin dan berlumba-lumba menuntut ilmu.
 Upacara Kibar Bendera sempena 
gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan 
Peringkat Sekolah 2011.
 Laungan "MERDEKA!!!" memecah kesunyian pagi
di Dewan Terbuka....
 Diikuti dengan nyanyian lagu patriotik
Negaraku, Jalur Gemilang, Keranamu
dan 31 Ogos.
 Adalah diharapkan dengan sambutan Bulan Kemerdekaan
di peringkat sekolah ini dapat membantu
memupuk semangat cinta akan negara 
dalam kalangan warga SMK Paya Besar.
Disamping itu menyemai nilai menghargai
pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dalam 
membela nasib nusa dan bangsa.
Sebelum majlis berakhir Kuiz Spontan
telah diadakan.  Tahniah kepada
Kushaimi dari kelas 4MPV kerana telah
berjaya menjawab dengan betul.

No comments:

Post a Comment