ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Saturday, April 7, 2012

Karnival Koko PRA-U Peringkat Negeri Pahang

Tarikh : 7 April 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Sekolah Sultan Abu Bakar Kuantan

Karnival ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan siratulrrahim antara pelajar-pelajar tingkatan enam dari pelbagai sekolah di Negeri Pahang..Dalam karnival ini terserlah sikap kerjasama antara ahli kumpulan dan juga kebijaksanaan pemimpin dalam menguruskan organisasinya..Selain itu pelajar-pelajar juga mempunyai sikap setia kawan yang tinggi..Ternyata pelajar-pelajar pra-u SMK Paya Besar mampu mencapai kejayaan setelah beberapa kemenangan menjadi milik SMK Paya Besar seperti :

JOHAN : Bola Jaring (P), Congkak (P), Galah panjang (P), Bowling (P), Bola Baling  (P)
NAIB JOHAN : Gusti Lengan (L)
KETIGA: Tarik Tali (L) (P), Kolum (P), Bowling Individu(P)
















antara gelagat pelajar-pelajar tingkatan enam SMK Paya Besar.Semoga kejayan sentiasa menjadi milik kita tidak kira dalam Sukan mahupun akademik.. 






No comments:

Post a Comment