ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Sunday, April 1, 2012

Perbentangan Kolokium

22/4 telah berlangsungnya majlis Perbentangan Hasil Kerja Kolokium dari setiap kumpulan..Terdapat 12 kumpulan yang mengambil bahagian..Giliran perbentangan dibuat melalui undian..Perbentanga ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar Praunivesiti mengenai kerja penyelidikan yang akan dilakukan apibila di Universiti kelak dan sekaligus dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar ketika berhujah di khalayak ramai..



Pelajar-pelajar melakukan dengan penuh semangat bagi mendapatkan markah yang tinggi dalam perbentangan kumpulan ini..


Program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal..Kepada kumpulan yang telah berjaya mendapatkan markah tertinggi diucapkan sekalung tahniah..Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan mewakili sekolah pada peringkat Daerah..Semoga dapat membawa nama baik Praunversiti SMK Paya Besar ke peringkat tertinggi..

No comments:

Post a Comment