ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, January 31, 2011

Hari Pentauliahan Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti 2010/11

Pada pagi ini berlangsungnya satu majlis yang dinanti-nantikan oleh warga prauniversiti iaitu Majlis Pentauliahan Exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti sesi 2010/11.Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua telah berjalan lancar pada pagi itu walaupun terdapat masalah teknikal pada mulanya.


Majlis dimulai dengan persembahan nyanyian oleh 21 orang pelajar prauniversiti.Walaupun terdapat masalah teknikal ketika persembahan bermula,namun persembahan tetap diteruskan.Pelajar-pelajar bersemangat mempersembahkan lagu yang bertajuk 'Bila Diri Disayangi'. 

Foto 1 : Sebahagian pelajar SMK Paya Besar terpegun melihat persembahan pelajar-pelajar prauniversiti.
Foto 2 : Kemudian,majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh biro multimedia MPP SMK Paya Besar.


 
Gelagat barisan exco biro-biro ketika tayangan multimedia dipancarkan di dalam dewan.

Penyampaian watikah pelantikan kepada 14  exco tertinggi disempurnakan oleh Tuan Pengetua sendiri kepada exco-exco yang berjaya berdasarkan undian pada akhir tahun 2010.


Majlis dirasmikan oleh Encik Nandakumaran dan barisan exco diberikan kata-kata semnangat oleh Tuan Pengetua.Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar diberi peluang untuk menyampaikan ucapan seterusnya mengetuai bacaan ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar pada hari itu.
 
 Barisan Exco Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar sedang membaca ikrar yang diketuai oleh Ahmad Syahir bin Omar selaku Yang di-Pertua MPP Prauniversiti SMK Paya Besar sesi 2010/11.

 


Barisan Exco Majlis Perwakilan Pelajar SMK Paya Besar bergambar bersama Tuan Pengetua,Encik Nandakumaran dan Guru Penolong Kanan Prauniversiti,Puan Roslina bt Shahri.
Semoga dengan pentauliahan ini,barisan exco MPP Prauniversiti SMK Paya Besar  akan memikul amanah terutama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
" Segala ilmu dan pengalaman bermakna yang akan diperoleh semasa menjadi pemimpin di peringkat  Prauniversiti SMK Paya Besar digunakan sebaik-baiknya dalam memacu kemajuan agama, bangsa dan negara. Teruskan tekad dan berusahalah untuk memajukan diri anda dan masyarakat. Sesungguhnya, negara Malaysia amat memerlukan perhatian anda sebagai bakal  siswazah yang tergolong dalam kalangan intelektual."

No comments:

Post a Comment