ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, January 21, 2011

SELAMAT DATANG / WELCOME

Pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar




Laman blog MPP Prauniversiti SMK Paya Besar dibangunkan untuk menjadi medan penyampai maklumat kepada pelbagai pihak secara dalam talian. 
Oleh itu, Moderator dan Jawatankuasa Multimedia Prauniversiti SMK Paya Besar merakamkan ucapan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman blog ini. Kami amat berharap agar kewujudan blog ini membolehkan pelbagai maklumat dapat disalurkan kepada pelajar dan guru secara dalam talian. Laman ini juga diharap dapat menjadi medan penyalur dan penyampai maklumat kepada semua pembaca atau pengunjung.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan dan cadangan untuk menambah baik laman blog ini agar menjadi antara laman sesawang berinformasi.
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca maklumat dalam laman ini.Kami juga mengalu-alukan kunjungan anda pada masa akan datang. Jumpa lagi.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada semua exco MPP Prau SMK Paya Besar di atas kejayaan anda semua menghasilkan satu saluran informasi yang inovatif dan kreatif terutama AJK Multimedia yang diketuai oleh Syafiq Ahmad Dusuki.Anda semua adalah kebanggaan guru-guru prauniversiti di SMK Paya Besar.From GPK PRAU.

    ReplyDelete