ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, January 24, 2011

Majlis Pelancaran Kempen Antiponteng







         Tanggal 24 Januari 2011, majlis Pelancaran Kempen Antiponteng peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Kehadiran Yang Berhormat Haji Syafiq Fauzan bersama-sama dengan tetamu jemputan telah memberi seribu makna pada majlis ini. Segala amanat yang disampaikan oleh Yang Berhormat telah berjaya menyuntik semangat para pelajar sekolah ini untuk lebih berjaya dalam akademik seterusnya merealisasikan hasrat Tuan Pengetua untuk menjadikan SMK Paya Besar antara lima sekolah terbaik di daerah Kuantan. Pada majlis ini juga, penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkehadiran penuh ke sekolah sepanjang tahun 2010. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. 

No comments:

Post a Comment