ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Wednesday, March 2, 2011

Perdebatan ala Parlimen di Kolej Shahputra



Pada 23 Februari 2011  , hari Rabu , pada jam 8.30 pagi ,
seramai 40 pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar dan tiga orang guru Tingkatan 6 iaitu Puan Roslina , Puan Nooryati  , Cikgu Jabar dan Cikgu Daeme telah dijemput untuk menyaksikan Pertandingan Perdebatan Persahabatan antara Kolej Shahputra dengan Universiti Malaysia Pahang bertempat di dewan auditorium Kolej Shaputra , Kuantan . Yang terlibat pada hari tersebut adalah pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Astana .

Encik Abdul Jabar dan Encik Daeme 



Puan Roslina dan Puan Nooryati


Guru - Guru pengiring prauniversiti 



Pelajar prauniversiti SMK Paya Besar


Pelajar prauniversiti SMK ASTANA 



Di dalam perdebatan , semestinya terdapat barisan kerajaan , dan juga mesti terdapat barisan pembangkang . Mereka semua yang terlibat  adalah pelajar , dan juga merupakan pelajar yang belajar di semester akhir .
Pertandingan ini telah diadakan sebanyak 3 kali sebelum ini .


Tajuk Perdebatan mereka adalah ,' Mahasiswa Pemangkin Transformasi Satu Malaysia ' .

Tajuk perdebatan mereka sesuai dengan kami pelajar prauniversiti , kerana kami juga dipanggil mahasiswa .perdebatan mendapat sambutan yang hangat daripada semua penonton di dalam dewan.



Alhamdulilah , pada Jam 11.oo pagi , perdebatan telah tamat , dan semua pemenang telah diumumkan ,pemenang untuk Pertandingan Perdebatan Persahabatan Ala Parlimen tersebut telah dimenangi oleh pihak kerajaan iaitu pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang dan pihak pembangkang telah mendapat tempat kedua .

Antara barisan peserta yang terlibat :


Tahniah !
Kalian semua sangat hebat.
Kami semua kagum dengan keyakinan dan persembahan yang kalian tunjukkan ..
Semoga program seperti ini akan diadakan selalu terutama untuk kami pelajar Prauniversiti , 
supaya kami akan mendapat banyak Ilmu dan keyakinan diri .
InsyaAllah , 
Kami sebagai junior dan juga mahasiswa , akan cuba mengikuti jejak langkah kalian semua .
Syabas!


Terima kasih kerana sudi jemput kami semua yang terlibat ,
daripada kami ,
Pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar .

2 comments: