ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, March 4, 2011

Kursus Motivasi Barisan Kepimpinan Pengawas

Pada jam tiga petang pihak badan pengawas telah mengadakan satu program julung kali pada tahun ini iaitu program kursus motivasi selama lebih kurang dua jam bertempat di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar.

Program motivasi tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Pengetua SMK Sungai Isap, Encik Abdul Rahim Mustapphar.Beliau merupakan seorang yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program-program motivasi sejak beberapa tahun yang lepas.

Kursus Motivasi tersebut dipengerusikan oleh pelajar prauniversiti,Noorfarahanim bt Rahimi yang juga merupakan penolong ketua pengawas SMK Paya Besar sesi 2010/11.Sebelum program tersebut bermula,Tuan Pengetua telah memberikan sepatah dua kata kepada para pengawas sekolah dan tidak ketinggalan kata-kata peransang buat para pengawas.




barisan exco pengawas yang terdiri daripada pelajar-pelajar prauniversiti sesi 2010/11

para pelajar prauniversiti tekun mendengar motivasi yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahim.
semoga apa yang disampaikan menjadi input yang berguna buat para pelajar dan segala tips menjadi pemimpin yang tidak mudah memberi alasan ketika menjalankan tugas perlu dipraktikkan dalam kehidupan para pelajar.


 Penyampaian saguhati kepada Encik Abdul Rahim sebagai tanda terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa dan memberikan para pengawas input yang berguna pada petang ini.

 Barisan pengawas prauniversiti bersama guru penasihat badan pengawas, Puan Sharifah Badariah.

 Para pengawas menjamu selera di kantin sekolah setelah program tamat.

 Sedikit jamuan ringan juga telah diadakan di kafe kantin sekolah buat jemputan penyampai motivasi, Encik Abdul Rahim bersama Tuan Pengetua,Encik Nandakumaran dan guru-guru penasihat badan pengawas SMK Paya Besar, Puan Che Hanisah dan Puan Sharifah Badariah.

Semoga para pengawas prauniversiti dapat menjadi contoh tauladan yang baik buat adik-adik dan terus menjadi pemimpin yang menjadi role-model buat pelajar-pelajar SMK Paya Besar dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan prestasi akademik kerana pemimpin yang baik datang daripada pelajar-pelajar yang bagus dalam akademik dan sahsiahnya.

No comments:

Post a Comment