ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Wednesday, March 2, 2011

Larian Merentas Desa 2011

 Larian Merentas Desa telah selamat diadakan
dalam suasana harmoni dan meriah.
Kehadiran pelajar amat membanggakan.
Acara bermula dengan taklimat larian
yang telah disampaikan olen En Zamzuri Ahmad. 
 Sebelum memulakan larian semua pelajar telah 
mengadakan sesi memanaskan badan.
 Pelajar perempuan kategori bawah 15 tahun
dan 18 tahun dilepaskan dahulu.
 Kemudian dilepaskan pelajar lelaki 
kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.
 Pelajar pendidikan khas juga turut berlari.
 Juara-juara sudah tiba....
 Guru-guru memulakan tugas masing-masing.
 Walaupun penat menguruskan pelajar
guru-guru kelihatan ceria.
 Mereka tidak pernah mengira 
penat lelah yang telah dicurahkan.
 Pelajar juga turut bertugas terutama
dari Kadet Polis dan PBSM.
 Acara kemuncak penyampaian hadiah
kepada pelari telah menang .

Antara pelajar Prauniversiti yang telah menang acara merentas desa ialah ,



InsyaAllah . PRAUNIVERSITI SMK Paya Besar TOP 3 tahun 2011 ! 






No comments:

Post a Comment