ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Monday, March 14, 2011

Seminar Tatabahasa Bahasa Melayu


Pada 13 Mac 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah telah berjaya mengadakan Seminar Tatabahasa. Seramai 36 orang pelajar prauniversiti dan 12 orang guru telah berpeluang bersama-sama dengan tuan penceramah iaitu Cikgu Abdul Ghalib Yunus,           (Munshi Dewan dan juga Guru Cemerlang) dari SMK Seri Serdang untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu tatabahasa. Selain itu, dengan adanya seminar seumpama ini, diharap mampu untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dan membantu mereka membina ayat yang baik dan gramatis.







No comments:

Post a Comment