ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, May 24, 2011

Karnival Koko tingkatan 6 peringkat Daerah Kuantan

Tarikh : 23 April 2011
Hari     : Sabtu
Masa   :  8.00 pagi  - 3.00 petang
Tempat  : Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib , Kuantan


Karnival Koko Tingkatan 6 Peringkat Daerah ,telah diadakan . Semua pelajar tingkatan 6 yang terdapat di daerah Kuantan , wajib menyertainya . Antara objektifnya , koko Tingkatan 6 ini diadakan ialah , untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pelajar - pelajar tingkatan  6 yang berlainan sekolah , serta merapatkan lagi hubungan pelajar dengan guru .
Pelbagai perasaan ada , ada yang gembira , ada yang terlalu teruja , ada yang kecewa , sedih dan segalanya sebelum dan juga selepas karnival tersebut .

Alhamdulilah , pelbagai pengalaman yang kami perolehi , . yang paling penting adelah sifat kerjasama dalam satu pasukan dan juga kebijaksanaan seorang pemimpin memimpin satu kumpulan atau organisasi .
Sesungguhnya pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar sangat bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain  , sehinggalah kami semua mencapai kejayaan yang sangat cemerlang , iaitu JOHAN FUTSAL untuk  PEREMPUAN dan juga NAIB JOHAN TARIK TALI untuk LELAKI .
Alhamdulilah , berbaloilah dengan usaha kami sebelum ni , dengan latihan dan membuat perlawanan persahabatan ..























Itulah gelagat kami . Terima kasih atas semua kerjasama yang diberikan terutama untuk guru- guru Prauniversiti , Tuan Pengetua dan semua yang sudi memberi sokongan dan semangat kepada kami semua :)
Berkat doa cikgu , berkat dari guru- guru semua , kami semua berjaya dengan cemerlangnya .
Terima kasih sekali lagi . :)

InsyaAllah , lepasni kami semua akan fokuskan kepadapelajaran dan juga peperiksaan STPM kami .
InysaAllah juga , hasrat Tuan Pengetua dan sekolah untuk menjadikan Prauniversiti SMK Paya Besar antara ketiga yang terbaik dalam Daerah Kuantan , akan tercapai .
Kami semua janji akan beljar dengan bersungguh - sungguh dan tidak akan menghampakan guru- guru dan pihak sekolah . InsyaAllah . Doakan kami semua :)



Prauniversiti SMK Paya Besar TOP 3 !


No comments:

Post a Comment