ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, May 24, 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas dan Kem PUPA




 Ramai-ramai ini nak ke mana?
Rupa-rupa ada Kursus Kepimpinan Pengawas 
bermula hari ini 29 hingga 30 April 2011 
bertempat di Semporna Resort.
Huhu... yang ini pula nak ke mana?
Ada kem juga .... Kem PUPA.
Kem apa tu...???
Program Untuk Peningkatan Akademik.
Seramai 40 orang pelajar terpilih
mengikuti kem tersebut di Pusat Latihan
Pertanian Indrapura.


Kem Kepimpinan Pengawas telah berlangsung
selama 2 hari 1 malam bermula
29 - 30 April 2011 di Sempurna Resort
melibatkan semua Pengawas SMK Paya Besar.
 Mendengar taklimat.
 Kem komandan bersama urusetia.
 Ooopssss.... naik apa tu...
 Ceramah yang disampaikan oleh En Mohamed
GPK HEM SMK Paya Besar.
 Amboi... enjoy you all ye....
 Aktiviti yang mendebarkan... public speaking....
 Pembentangan kumpulan.

Semoga sifat kepimpinan yang dipupuk
mampu melahirkan pengawas yang berdisiplin
dan  menjadi contoh kepada pelajar lain.


Seramai 40 orang pelajar telah terlibat
dalam Program Peningkatan Akademik (PUPA)
yang telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian
Inderapura Kuantan.
 Antara pengisian aktiviti ialah mendengar ceramah.
Pelajar khusyuk mendengar.
 
 Ada ketikanya.... tangan ke depan....
Aktiviti sukaneka yang menyeronokkan.
 Khusyuk melihat persembahan pelajar.
 Beriadhah....
 Tarik nafas.....
 Aktiviti LDK.

Semoga aktiviti bermanafaat dapat
memotivasi pelajar untuk terus tertingkat.




No comments:

Post a Comment