ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Tuesday, May 24, 2011

Sambutan Hari Guru SMK Paya Besar .

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar telah diadakan

Tarikh : 16 Mei 2011
Tempat : Dewan Al- Multaqa SMK Paya Besar

Kami semua pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar mengambil kesempaatan di sini untuk mengucapakn Selamat Hari Guru pada semua guru kami sama ada yang mengajar attau tidak mengajar kami .





we all LOVE YOU !

Hari ini berlangsung Sambutan Hari Guru 2011 
peringkat sekolah di Dewan Multaqa'.
Majlis bermula dengan Bacaan Doa diikuti
dengan membaca Perutusan Hari Guru yang 
dibaca oleh En Mohamed b Che Ibrahim
GPK HEM dan En Wan Sayuti Wan Mohamed. 
 Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia 
dan membaca Ikrar Guru yang diketuai
oleh En Daeme Abu Bakar.
Persembahan Multimedia Hari Guru
yang telah disediakan oleh guru-guru praktikum.


Sukaneka Hari Guru SMK Paya Besar :)


Sukaneka Hari Guru berlangsung dalam suasana
yang cukup meriah. 
Macam-macam acara ada...
 Bowling kelapa dan air dalam belon...
Ooopss.... habis basah kuyup....
 Yang ini pula main tali skipping...
Acara masuk air dalam botol pun ada....
 Selain sukaneka yang lelaki tak sah kalau
tak main bola sepak....
Petanque pun ada.... Tahniah pasukan
Pendidikan Khas.... jadi juara....
 Yang ini pulak.... riuh-riuh tu main apa?
Bola tampar dan sepaktakraw...
Siapa menang ni? Guru atau pelajar.....
 Wajah-wajah yang menceriakan 
sambutan hari guru....
Semoga tererat hubungan antara guru dan pelajar...

Antara koleksi gambar - gambar pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar 

















SMK Paya Besar TOP 5 !!
PRAUNIVERSITI SMK Paya Besar TOP 3 !!!!

No comments:

Post a Comment