ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

23 SEPTEMBER 2011 - PROGRAM BIMBINGAN UNTUK KECEMERLANGAN AKADEMIK ( BUKA )


 Sebagai motivasi terakhir sebelum menduduki
peperiksaan PMR, SPM dan STPM,
40 pelajar cemerlang telah dipilih untuk
mengikuti Program Bimbingan Untuk 
Kecemerlangan Akademik (BUKA) bermula
23 - 25 September 2011 di Resort Perbadanan
Kemajuan Bukit Fraser.
 
 Program perasmian telah diadakan di Dewan Multaqa'
oleh YB Dato' Shafik Fauzan Hj Shariff, DIMP., SMP.
Majlis telah dipengerusikan oleh
Pn Sakinah Abd Latif, Kaunselor Cemerlang.
Upacara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
 Ucapan oleh En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Penyertaan dari ibu bapa pelajar amat mengalakkan.
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Shafik Fauzan.
Selepas majlis YB Dato' turut memberi kata-kata
semangat & motivasi kepada pelajar.
Pihak sekolah juga mengucapkan 
jutaan penghargaan kepada YB Dato'
kerana menaja sepenuhnya Program BUKA.

No comments:

Post a Comment