ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

8 SEPTEMBER 2011 - TAKLIMAT PELAJAR PRAUNIVERSITI


 Pertemuan antara pelajar-pelajar prauniversiti 
yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2011
bersama En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar, 
Guru Kaunselor dan Penyelaras Prauniversiti.

Kata-kata azimat dan nasihat dilontarkan
buat pembakar semangat bagi persediaan terakhir
sebelum Peperiksaan Percubaan STPM
yang akan bermula minggu depan.
Semoga semua dapat melakukan yang terbaik...

PRAUNIVERSITI TOP 3!!!!
SMK PAYA BESAR TOP 5!!!

No comments:

Post a Comment