ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

25 Ogos 2011 - PROGRAM SEMI FORUM PRAUNIVERSITI


 Telah berlangsung Program Semi Forum Prauniversiti
yang akan menghadapai Peperiksaan STPM 2011.
 Forum dipengerusikan oleh En Roslan Mansor,
Penolong Pengarah Penguatkuasaan
Unit Pendidikan Swasta di Jabatan Pelajaran Pahang.
Ahli panel terdiri dari En Jamal Musa, 
Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling
dan En Yusuf b Kasim
Penolong Pengarah Tatatertib.
Adalah diharapkan selesai berforum
pelajar prauniversiti mempunyai motivasi yang tinggi
untuk melakukan yang terbaik untuk STPM 2011 nanti.

No comments:

Post a Comment