ProMahasiswa

My photo
MAHASISWA menjadi aspirasi kepada masyarakat dalam merealisasikan Wawasan 2020. MAHASISWA juga merupakan suatu entiti yang memiliki posisi terhormat dalam kalangan masyarakat kerana mereka akan menjadi modal insan yang bakal membangunkan sesebuah negara. Tanpa mahasiswa, maka agak sukar bagi sesebuah negara untuk terus ampuh dalam pelbagai bidang apatah lagi untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Lantaran itu, mahasiswa menjadi penggerak utama kepada kemajuan bangsa Malaysia. Hal ini bertepatan dengan makna mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa merupakan gabungan dari dua perkataan; MAHA dan SISWA. Maha bererti besar dan siswa membawa erti pelajar. Berdasarkan dua patah kata itu, maka dapat ditakrifkan bahawa MAHASISWA bukan sahaja sebagai seorang pelajar yang memiliki fungsi untuk belajar semata-mata, malahan berperanan dalam menggerakkan sesebuah masyarakat dan negara.

Friday, October 14, 2011

FRASER HILL'S TRIP - story 3


 Hari kedua sesi bersama En Roslan bin Mansor,
Pegawai di JPNP yang juga merupakan
Timbalan PIBG SMK Paya Besar.
Beliau turut berkongsi pengalaman 
memberi motivasi dan kata-kata semangat
kepada peserta Program BUKA.
 Yang ni pula.... SURAT UNTUK BONDA....
Apa yang ditulis tu...?
Yang mula pasti berakhir....
Majlis penutup berjalan lancar.
Banyak dapat hadiah nampaknya....
Semua berakhir dengan baik....
Dalam berseronok jangan lupa yang 
tersurat dan tersirat....
Menjadi harapan selepas melalui Program BUKA
semua pelajar menyedari betapa penting
untuk cemerlang samada akademik atau sahsiah diri.
Moga semua lebih tertingkat untuk 
bersungguh-sungguh mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam Peperiksaan
PMR, SPM & STPM 2011.
"SAYA INSAN CEMERLANG"
"SMK PAYA BESAT TOP 5"

PRAUNIVERSITI SMK PAYA BESAR TOP 3 !!!

No comments:

Post a Comment